BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Seramai 20 daripada 40 pemenang yang dipilih bagi promosi A Spree for Your Festive Shopping telah diraikan hari ini dalam majlis penyampaian hadiah anjuran Bank Baiduri yang berlangsung di First Emporium & Supermarket, Madang.
Promosi yang berlangsung dari 3 Mac hingga 13 April lalu itu dibuka kepada semua pemegang kad kredit dan debit Bank Baiduri. Para pelanggan yang membelanjakan $68 atau lebih dalam satu resit sama ada di First Emporium Madang atau cawangan Batu Satu layak untuk satu penyertaan dalam cabutan bertuah. Kempen itu menyaksikan penyertaan daripada para pembeli di kedua-dua buah cawangan.
Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong berkata, “Matlamat kami adalah untuk melangkaui perbankan dengan mencipta pengalaman bermakna untuk pelanggan kami. Promosi seperti ini bukan sahaja membawa keceriaan perayaan tetapi juga memberi ganjaran kepada penggunaan kad kami setiap hari – justeru mengukuhkan nilai, kemudahan dan faedah melalui pemegang kad Bank Baiduri.
“Kami juga berbangga untuk menyokong rakan kongsi runcit tempatan seperti First Emporium yang sibuk terutamanya semasa acara ini.”
Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan First Emporium & Supermarket, Lim Kian Seng, bersama eksekutif kanan dari Bank Baiduri.
Sementara itu, baki 20 pemenang bagi kumpulan kedua akan menerima hadiah perbelanjaan membeli-belah bernilai $250 yang akan diadakan minggu depan.