Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Lima orang pemenang bertuah menerima hadiah bagi Dynamik Raya Giveaway 2025 dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah anjuran Dynamik Technologies itu diadakan sebagai sebahagian daripada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dynamik.
Para pemenang membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk televisyen pintar 55 inci, dron DJI Neo, Fujifilm Instax Mini, vakum robot dan tablet pintar.
