Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang BIBD Aspirasi 6 dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Empat orang pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membawa pulang hadiah berjumlah $10,000 setiap seorang sebagai pemenang cabutan suku ketiga bagi Kempen BIBD Aspirasi 6 pada majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, 24 orang pemenang bertuah juga membawa pulang hadiah $1,000 setiap seorang sebagai sebahagian daripada pemenang cabutan bagi kempen berkenaan yang mana jumlah keseluruhan hadiah disampaikan berjumlah $50,000.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen kali ini, Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Lyndsay Spray.

    Pemenang-pemenang yang membawa pulang hadiah $10,000 ialah Pengiran Hajah Jamilah binti Pengiran Haji Matarsat, Chong Ming Jen @ Aaron Chong, Dayang Rennieyanti binti Haji Sunny dan Dayang Norasmah binti Haji Ali. Pemenang dipilih daripada kumpulan pelanggan yang melanggan BIBD Aspirasi dan mengekalkan tempoh simpanan minimum selama 90 hari. Nombor sijil-sijil yang layak diundi semasa acara langsung yang diadakan pada awal bulan dengan cabutan berasingan dibuat pada majlis cabutan dan penyampaian hadiah untuk menentukan pemenang-pemenang bulanan dan suku tahunan.

    Untuk melayakkan diri menyertai cabutan, para pelanggan diperlukan untuk mengekalkan tempoh simpanan 90 hari dengan simpanan minimum ditetapkan bagi sepanjang tempoh program berkenaan.

    Sementara itu, untuk mengambil bahagian dalam cabutan ganjaran, pelanggan hanya perlu mengekalkan deposit minimum $50 sepanjang tempoh pegangan 90 hari.

    Program BIBD Aspirasi, yang kini dalam kitaran ke-6, telah memberi ganjaran kepada lebih 2,000 pemenang dengan jumlah kemenangan melebihi $4.4 juta sejak penubuhannya.

    Menjelang akhir kempen pada 30 November, seramai 288 pemenang bulanan dan 16 pemenang suku tahunan akan diraikan, bersama dua penerima hadiah utama yang membawa pulang $200,000 setiap seorang.

    Lyndsay Spray bergambar ramai bersama pemenang cabutan suku ketiga dan bulanan bagi Kempen BIBD Aspirasi 6 di ibu negara, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda