Saturday, July 6, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Pemenang BICTA 2024 diumum

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Produk eZakat oleh Datastream Digital Sdn Bhd (DST) diumumkan sebagai penerima Anugerah Penaung Diraja Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2024 di mana ia dianugerahkan kepada pemenang terbaik keseluruhan daripada kalangan semua kategori Anugerah BICTA 2024.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Diraja BICTA berkenan berangkat seterusnya menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang-pemenang pada Majlis BICTA 2024 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pagi tadi.

    Sekolah Rendah Rimba III dengan produk ASK ALAI telah diumumkan sebagai juara bagi Kategori Sekolah Rendah.

    Bagi kategori berkenaan, lima anugerah merit telah dianugerahkan kepada Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dengan produk ScamCareBN; Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana dengan produk TerraBN Sentinal; Sekolah Rendah Lambak Kanan 49 dengan dua produk PIXEL PIONEER 49ERS dan CODE CRAFTER 49ERS; dan Sekolah Rendah Tumpuan Telisai dengan produk Bantu Pelajar Kitani.

    Manakala juara bagi Kategori Sekolah Menengah telah disandang oleh Sekolah Menengah Berakas dengan produk Project Aquacool Evaporative Cooling Suit.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengurniakan trofi BICTA 2024 kepada DST Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Tiga buah produk iaitu TrashMove, Parents Care, dan InnerPal yang diketengahkan oleh Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan; Maktab Anthony Abell dengan produk Intellect Trails Puzzle; dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dengan mempertaruhkan produk Intention, masing-masing menerima anugerah merit bagi kategori ini.

    Pada majlis berkenaan turut menyaksikan Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan produk BirthPro VR: Low Risk Birth VR Simulation sebagai juara bagi Kategori Pengajian Tinggi.

    Dua anugerah merit telah dianugerahkan kepada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan produk Intelligent Maqra’ah Online Al-Qur’an; dan UTB bersama produk Sustainable Smart Water Management System at Home Using IoT.

    Juara bagi Kategori Perkhidmatan Pengguna dan Perniagaan telah dimenangi oleh SOUL CAT Entertainment dengan hasil ciptaan produk VAGUE. Satu anugerah merit telah dianugerahkan kepada Rumine Corporation dengan produk Safety XR.

    Juara bagi Kategori Perkhidmatan Masyarakat dan Keikutsertaan telah dianugerahkan kepada DigiNations dengan produk DigiThink. Satu anugerah merit bagi kategori berkenaan turut diberikan kepada DST dengan produk eZakat.

    Sementara itu, tidak ada pemenang bagi Kategori Perindustrian namun Progresif Sdn Bhd dengan produk ding! diumumkan sebagai penerima anugerah merit.

    Begitu juga tiada pemenang bagi Kategori Awam dan Kerajaan. Hanya anugerah merit bagi kategori ini diberikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan produk PSCR 2.0.

    Bagi Kategori Pemula hanya menyaksikan SOUL CAT Entertainment dengan produk VAGUE selaku penerima anugerah merit; dan tiada pemenang bagi kategori tersebut.

    Dengan mempertandingkan produk Empowering Rural and Urban Resilience: Holistic FloodTech, Pararoutte Company telah merangkul juara bagi Kategori Penyelidikan dan Perkembangan pada majlis tersebut. Satu anugerah merit telah dianugerahkan kepada DigiNations dengan produk DigiThink bagi kategori ini.

    DST dengan produk eZakat turut menerima anugerah juara bagi bagi Kategori Teknologi. Satu anugerah merit bagi kategori ini turut telah diberikan kepada AIQuatic Enterprise dengan produk AIQuatic.

    Kesemua pemenang yang diumumkan telah membawa pulang sijil, trofi dan hadiah wang tunai.

    Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Negara Pintar yang dianugerahkan kepada peserta yang tidak memenangi mana-mana kategori pertandingan, tetapi telah memenuhi ciri-ciri aspirasi negara pintar.

    Penerima-penerima anugerah berkenaan membawa plak dan sijil yang terdiri daripada TechBru Solution (B) Sdn Bhd dengan produk AssetTrack+ khusus bagi Sektor Logistik & Pengangkutan; dan Pusat Teknologi Pendidikan (EdTech), Kementerian Pendidikan dengan hasil produk SUMBER, Digital Resource Management System (DRMS) di bawah Sektor Pendidikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...