Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 27 Feb – Pusat Membeli-belah KBSentral telah menamatkan Kempen Cabutan Bertuah bagi bulan Februari kelmarin dengan hadiah utamanya, Sony Playstation (PS4) telah dibawa pulang oleh Dayang Rosnah binti Abdullah.
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah utama dan 14 lagi hadiah dari barang-barang jualan Kedai Jaya Hypermart kepada para pemenang bertuah ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput yang juga selaku tetamu kehormat majlis tersebut.
Selain pengumuman hadiah-hadiah cabutan bertuah, seramai 500 pemegang kupon cabutan bertuah dan para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada soalan-soalan kuiz yang diberikan kepada mereka yang menjawab dengan betul.
Cabutan bertuah seterusnya akan diadakan pada 9 Julai nanti, di mana pemenangnya akan memenangi hadiah berupa sebuah rumah bangle.