Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Tang Kheng Siong telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dengan membawa pulang portfolio pelaburan bernilai $20,000 dalam cabutan hadiah bulanan Februari 2025 sempena Kempen Pan-Bank Kekayaan dan Perbankan Runcit (WRB).
Standard Chartered (StanChart) Brunei telah mengadakan majlis penyampaian hadiah cabutan utama yang pertama baru-baru ini, selaras dengan cabutan hadiah bulanan Februari 2025 di bawah Kempen Pan-Bank WRB yang sedang berlangsung.
Manakala Toby Ten pula memenangi hadiah Google Pixel 9, sementara Wong Vui Khiong pula membawa pulang 30,000 Royal Skies Miles.
Hadir di majlis itu, Ketua Kekayaan dan Perbankan Runcit, Brenda Low serta pegawai StanChart yang lain.
Kempen itu telah dilancarkan pada akhir tahun 2024 dan merupakan inisiatif Pan-Bank yang bertujuan untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan yang berinteraksi dengan rangkaian produk dan perkhidmatan bank.
Ia juga mencerminkan matlamat yang lebih luas StanChart untuk menyokong pelanggan dalam perjalanan kewangan mereka melalui alat praktikal, nasihat pakar, dan pengalaman yang memberi ganjaran.
Semua pemenang telah dipilih mengikut terma dan syarat rasmi kempen dan StanChart mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan dan penyertaan yang berterusan.
Dengan lebih banyak hadiah yang akan datang dalam bulan-bulan akan datang, ank menggalakkan semua orang untuk terus mengikuti perkembangan dan memanfaatkan sepenuhnya hubungan perbankan mereka.