Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Celik-Biz ke-5, BigStart ke-10 diraikan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC), hari ini, telah mengadakan Majlis Konvensyen Pertandingan Celik-Biz ke-5 bagi penuntut-penuntut sekolah rendah seluruh negara dan Pertandingan BigStart ke-10 bagi sekolah menengah dan maktab seluruh negara.

    Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampung Katok di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Celik-Biz ialah pertandingan pendidikan keusahawanan dan inovasi untuk pelajar-pelajar sekolah rendah Tahun 4 dan 5 menghasilkan satu prototaip yang kreatif dan inovatif, satu portfolio serta satu video pembentangan mengikut lima subtema yang dipilih.

    Manakala itu, BigStart ialah pertandingan pendidikan keusahawanan dan inovasi bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan maktab Tahun 9 dan 10.

    Bagi Pertandingan Celik-Biz ke-5, juara disandang oleh Kumpulan Brightful Scholars dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dengan nama produk, Musyarakah Ilmiyah.

    Awang Aliuddin menyaksikan pameran produk yang dihasilkan oleh para pelajar dan guru pembimbing. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    ATAS & BAWAH : Awang Aliuddin menyampaikan hadiah juara Pertandingan Celik-Biz ke-5 kepada Kumpulan Brightful Scholars dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (kiri) dan juara Pertandingan BigStart kali ke-10 kepada Kumpulan Al-Rasyidin dari Mahad Islam Brunei. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara pameran yang diketengahkan oleh para pelajar yang terlibat. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    Tempat kedua diraih oleh Kum-pulan GreenGrow Thumbs dari Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 dengan produk GreenGrow 49 Hydroponic Kit, manakala itu Kumpulan The 5 Conquerers dari Sekolah Rendah Rimba 2 memenangi tempat ketiga dengan produk Conquer Brunei.

    Bagi Pertandingan BigStart ke-10, juara disandang oleh Kumpulan Al-Rasyidin dari Mahad Islam Brunei dengan nama PrayerVerse, diikuti oleh kumpulan Intisar de-ngan produk Hamza dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Metanoia dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dengan produk Saving Tah.

    Antara tujuan pertandingan-pertandingan berkenaan adalah untuk mengembangkan kreativiti, pendekatan pragmatik, realistik dan inovatif pelajar dalam merancang sesuatu projek berasaskan elemen keusahawanan dan penambahbaikan mengenai perkara-
    perkara yang berkaitan dengan keadaan sekeliling sepertimana subtema pada tahun ini.

    Selain itu, ia memberikan kemahiran hidup kepada para pelajar supaya lebih mandiri, proaktif, berdaya saing serta berdikari se-suai dengan kemahiran abad ke-21 dalam pendidikan iaitu 6C yang merangkumi Collaboration, Critical Thinking, Character, Communication, Creativity, dan Citizenship.

    Tema bagi tahun ini ialah Entrepreneurship and Innovation dan dengan lima subtema iaitu Innovation, Edutainment, Digitalisation, Agroducation dan Smart Experiment.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda