Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Hadiah Nobel, Kahneman meninggal dunia

    WASHINGTON, 29 MAC – Pemenang Hadiah Nobel, Daniel Kahneman, yang mempelopori teori dalam ekonomi tingkah laku yang banyak mempengaruhi disiplin, telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, majikannya mengesahkan pada Rabu lalu.

    Kahneman, yang menulis buku terlaris, Thinking, Fast and Slow, berhujah menentang tanggapan bahawa tingkah laku manusia adalah berakar umbi dalam proses membuat keputusan yang rasional, sebaliknya ia selalunya berdasarkan naluri.

    Universiti Princeton, tempat ahli akademik Israel-Amerika itu bekerja hingga akhir hayatnya, mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan di laman webnya.

    “Banyak bidang dalam sains sosial telah berubah sejak dia tiba. Dia akan dirindui,” kata bekas rakan sekerja dan profesor Eldar Shafir dalam kenyataan akhbar. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda