Saturday, February 22, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang kempen Baiduri, Hua Ho dirai

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Tan Yun Ling memenangi hadiah utama baucar beli-belah bernilai $1,880, manakala Chew Ming Jiuan dan Haji Muhammad Zulhisham bin Haji Zolkepli masing-masing membawa pulang hadiah kedua dan ketiga baucar beli-belah bernilai $1,380 dan $880 pada majlis penyampaian hadiah utama untuk kempen A Perfect Start to a Festive Season yang berlangsung di Pusat Beli-belah Hua Ho Onecity, hari ini.

    Sementara itu, lapan pemenang bertuah lagi menerima baucar beli-belah bernilai $80 sebagai hadiah sagu hati dalam kempen anjuran Bank Baiduri dengan kerjasama Hua Ho H2 Group.

    Hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Perniagaan Kad di Bank Baiduri, Davern Lim; dan Pengurus di Gedung Serbaneka Hua Ho, Lau Soon Lin.

    Dalam ucapan, Davern Lim menyatakan perkongsian lama Bank Baiduri dengan Hua Ho membolehkan mereka terus memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan bank.

    “Melalui kempen ini, kami dapat memberi ganjaran kepada pemegang kad kami yang dihargai sambil meningkatkan pengalaman membeli-belah perayaan mereka, sementara mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan faedah bermakna yang meningkatkan perbelanjaan harian mereka,” tambahnya.

    Sepanjang kempen yang berlangsung dari 1 hingga 31 Januari, pemegang kad kredit dan debit Baiduri menikmati faedah eksklusif di cawangan Hua Ho yang mengambil bahagian, termasuk Kiulap, Pusat Beli-belah Onecity, Gadong 2, Tutong, Delima, Salar, Bebatik Kilanas dan Mulaut.

    Gambar ramai pemenang bersama Davern Lim dan Lau Soon Lin pada majlis penyampaian hadiah tersebut. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda