Wednesday, February 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Kempen Great Raya dirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Dayang Aziati Alia Abdullah telah dipilih sebagai pemenang utama Kempen Great Raya 2023 anjuran Intracorp Sdn Bhd sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berjalan dari 16 Mac hingga 31 Mei lalu.

    Selaku pemenang utama, beliau memenangi Novena L-Shape Sofa pada majlis penyampaian yang berlangsung di Ibu Pejabat Intracorp (B) Sdn Bhd, Gadong, hari ini.

    Ketika ditemu bual, beliau melahirkan rasa syukur dan tidak menyangka dengan hanya membeli seterika wap pada hari ini, beliau membawa pulang sofa bernilai $2,999.

    Menurutnya, sebelum ini beliau memang merancang untuk membeli sofa, namun “Allah lebih mengetahui rezeki hambaNya”.

    Manakala itu, Awang Ahmad binti Haji Damit memenangi projektor Samsung The Free Style, Pengiran Hamzah membawa pulang Samsung 65” UHD Smart TV dan Amir Rahim membawa pulang perkakas Mayer Built in Set.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah wakil dari Intracorp Sdn Bhd.

    Selain itu, seramai 31 orang pelanggan lain pulang dengan hadiah-hadiah menarik seperti Akira Air Oven, peti sejuk, Samsung Soundbar, Kitchenaid, Akira Bread Maker, Elektrolux Blender dan banyak lagi sumbangan Intracorp Sdn Bhd.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, seramai 50 orang pelanggan terpilih semasa pemilihan awal dan hanya 35 daripadanya terpilih mengikut cabutan akhir dengan hadiah menarik bernilai keseluruhannya $17,638.

    Jualan Intracorp akan diteruskan sehingga pertengahan Julai depan di mana semua produk ditawarkan dengan harga yang sangat menarik tertakluk kepada terma dan syarat.

    Gambar ramai pemenang Kempen Great Raya pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Intracorp (B) Sdn Bhd, Gadong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Dayang Aziati Alia Abdullah semasa ditemu bual media. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda