Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Empat orang pemenang bertuah promosi pembelian Good Virtues Co dan Bad Lab Co menerima hadiah barangan elektronik Mi-Robot Vacuum Mop pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd, Kampung Jangsak, baru-baru ini.
Para pemenang kempen Spend & Win Mi-Robot Vacuum Mop itu ialah Hajah Siti Nadzrinah binti Haji Abdul Ahmit, Dayang Siti Nur’aqilah binti Haji Abu Hanafiah, Evan Goh Chen Tong, dan Awang Nasrul Azizi bin Mohaimin.
Hadir bagi menyempurnakan hadiah ialah Penyelia Kanan FMCG, DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd, Jaymee Lau. Kempen berkenaan telah dijalankan selama empat minggu pada Februari lalu di mana orang ramai dikehendaki membeli mana-mana produk Bad Lab Co atau Good Virtues Co dari mana-mana kedai yang menyertai untuk berpeluang memenangi barangan elektronik tersebut.