Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang kempen ‘Top Up Tah Lagi’ BIBD terima hadiah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang pusingan terakhir kempen bulanan ‘Top Up Tah Lagi’ yang berakhir pada 31 Disember 2016.

    Tiga pemenang berkenaan ialah Harbour-Link Lines (B) Sdn Bhd yang merupakan pelanggan perbankan korporat BIBD dan dua pelanggan runcit, Dayangku Siti Nurul Mashitah binti Pengiran Sahar dan Awang Muhd Ibrahim bin Abdullah dengan masing-masing membawa pulang sama ada Apple iPhone7, Apple iPad Pro atau tiket pergi balik ke Bali, Indonesia.

    Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat BIBD, di ibu negara telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan di Unit Pemasaran Perbankan Korporat, Pengiran Sanusi bin Pengiran Haji Ismail.

    Menurut kenyataan BIBD, pelanggan secara automatik dimasukkan ke dalam kempen berkenaan apabila mereka menambah nilai kredit elektrik, DST atau Progresif menggunakan platform-platform digital BIBD seperti BIBD Online, BIBD Mobile dan Perbankan Internet Korporat (CIB).

    Para pemenang bertuah kempen ‘Top Up Tah Lagi’ BIBD bergambar bersama replika hadiah masing-masing.
    Para pemenang bertuah kempen ‘Top Up Tah Lagi’ BIBD bergambar bersama replika hadiah masing-masing.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda