Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan bank untuk memberikan ganjaran kepada klien atas kesetiaan dan kepercayaan berterusan mereka, Bank Standard Chartered (StanChart) mengumumkan para pemenang hadiah utama bagi Kempen WRB Pan Bank.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, kempen berkenaan merupakan satu daripada beberapa inisiatif yang direka untuk menunjukkan penghargaan kepada klien mereka di seluruh rangkaian bank, menawarkan ganjaran menarik serta menjana lebih banyak interaksi bermakna melangkaui perbankan harian.
Kempen itu memberikan ganjaran kepada klien yang terbabit secara aktif dengan barisan penyelesaian kewangan komprehensif bank, daripada hanya mendaftar bagi perkhidmatan atau produk baharu, melanggan kepada pelaburan, melakukan aktiviti digital serta juga menggunakan kad kredit StanChart.
Kempen yang berjalan sehingga Mei 2025 itu membolehkan klien mengumpul penyertaan untuk memenangi hadiah utama berupa pelaburan bernilai $50,000 dan hadiah-hadiah bulanan yang menarik.
Ketua Perbankan Runcit dan Harta StanChart, Brenda Low menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pemenang bagi Kempen WRB Pan Bank serta menyatakan pihaknya sentiasa mencari cara untuk mengucapkan terima kasih kepada klien kerana memilih StanChart.
“Kempen seperti ini membolehkan kami memberikan kembali secara peribadi dan tidak dapat dilupakan,” tambahnya,
“Kami amat berbangga untuk terus melaksanakan inisiatif yang memberi ganjaran dan menghargai klien di tengah-tengah perniagaan kami.”
Para pemenang bagi Mei 2025 termasuk Hajah Nurul Leny Nurhidzrah binti Haji Saji, yang memenangi pelaburan bernilai $50,000 dan diwakili anak perempuannya; Wan Yuen Wah membawa pulang Apple MacBook 15 inci; Dayang Amal Hamizah binti Haji Abdul Hamid memenangi Apple iPad 10th Gen serta Awang Mohammad Emirul bin Haji Kamis yang memenangi 30,000 Royal Skies Miles.