Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Pemenang NBT (Brunei) Sdn Bhd Majesty Guess and Win Prize Giveaway telah menerima hadiah dalam majlis yang berlangsung pada hari terakhir Pesta Pengguna ke-25 di Bridex, Jerudong kelmarin.
Aktiviti Majesty Guess and Win Prize Giveaway yang terbuka kepada orang ramai itu adalah cara interaktif dan menyeronokkan bagi semua orang yang mengunjungi ke petak NBT Toyota, dengan meneka jumlah keseluruhan barang yang terdapat di dalam kereta Majesty dan seterusnya mengimbas kod QR serta mengisi borang dalam talian dengan jawapan yang dikira.
Tujuh orang peserta telah disenarai pendekkan dalam aktiviti tersebut dan salah seorang daripada mereka muncul sebagai pemenang utama yang berjaya meneka jumlah barangan yang betul dalam kereta itu.
Hadiah utama dan hadiah saguhati telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar (Pemasaran) NBT Brunei, Audrey Yong sebelum berakhir dengan sesi bergambar ramai.
