Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemenang Mitsubishi Xpander Time Attack Challenge terima hadiah

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – GHK Motors Sdn Bhd telah menganjurkan simulasi kereta Mitsubishi Xpander Time Attack Challenge semasa Jerayawara Mitsubishi yang berlangsung dari 19 Oktober hingga hari ini di Ruang Legar The Mall, Gadong.

    Mitsubishi Xpander Time Attack Challenge tersebut dibukakan kepada orang ramai, di mana setiap peserta dikehendaki mengikuti akaun media sosial Mitsubishi @mitsubishimotors.bn dan menyiarkan sekurang-kurangnya satu hantaran di Instagram Story masing-masing.

    Enam peserta terbaik mara ke pusingan akhir pada hari terakhir jerayawara dan bersaing untuk meraih kedudukan tiga teratas bagi mendapatkan ganjaran wang tunai.

    Tampil di tempat pertama sekali gus memenangi wang tunai $300 ialah Ashwin Rana diikuti oleh Awang Muhammad Adam Danial bin Haji Jamali di tempat kedua dengan membawa pulang $200 dan Awang Abdul Muiz bin Haji Omarali di tempat ketiga yang memenangi wang tunai $100.

    Gambar ramai bersama para pemenang yang diraikan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...