BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Mothercare dan Bebeland, semalam telah memilih para pemenang bagi cabutan bertuah ‘Win Your Shopping for Free + Bonus Raya Voucher’.
Kempen cabutan yang bermula pada penghujung April hingga minggu lalu itu telah menerima kira-kira 7,000 penyertaan daripada pelanggan Mothercare dan 6,000 daripada Bebeland.
Pemenang hadiah utama berupa bayaran balik jumlah yang tertera dalam resit serta baucar tunai $200 telah dimenangi oleh Dayang Nurul Hidayani binti Haji Mohd Hidayatullah bagi pelanggan Mothercare dan Dayang Nur Hidayah binti Haji Rosli bagi Bebeland.
Sementara itu, pelanggan-pelanggan Mothercare yang memenangi hadiah-hadiah sagu hati berupa baucar tunai bernilai $50 ialah Awang Muhd Khalic Ikhwan bin Haji Saidi; Dayang Siti Qurratu ‘Aini binti Mohd Sambri; Hazwani Ali dan Awang Mohammad Alli bin Haji Othman.
Pelanggan Bebeland yang terpilih memenangi hadiah sagu hati pula ialah Pengiran Anak Haji Awadi; Dayang Nur Asynah binti Mohamad Nasir; Tia Katini dan Awang Abdul Halim bin Haji Sidup.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, cabutan bertuah berkenaan diadakan oleh Mothercare dan Bebeland untuk memberi balik kepada pelanggan dengan membantu mereka dalam membeli-belah untuk Hari Raya.
