Wednesday, April 2, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Oscar No Other Land cedera, hilang diserang tentera Israel

    Pengarah bersama Palestin bagi dokumentari pemenang Oscar, No Other Land, Hamdan Ballal, telah diserang oleh sekumpulan peneroka Israel sebelum ditahan oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki kelmarin, menurut pengarah bersama filem itu, Yuval Abraham.

    Dalam hantaran di X, Abraham mendakwa sekumpulan penceroboh menyerang Hamdan di kampung Susiya, selatan Tebing Barat, menyebabkan kecederaan di kepala dan perut, serta mengalami pendarahan.

    “Mereka memukulnya dan dia mengalami kecederaan di kepala dan perut, berdarah. Tentera Israel menyerbu ambulans yang dipanggilnya dan membawanya pergi. Tiada berita mengenainya sejak itu,” tulis Abraham.

    Menurut NGO Center for Jewish Nonviolence, anggota mereka yang berada di lokasi sempat merakam kejadian itu secara langsung.

    Ketika diminta mengulas, tentera Israel menyatakan sedang menyemak maklumat berkenaan, kata jurucakap kepada AFP.

    No Other Land, yang diarahkan oleh aktivis Israel-Palestin, memenangi anugerah dokumentari terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) tahun ini.

    Filem itu merakam kisah seorang pemuda Palestin yang berdepan pengusiran paksa ketika tentera Israel merobohkan rumah-rumah di komunitinya di Masafer Yatta bagi memberi laluan kepada zon latihan ketenteraan. – AFP

    Hamdan Ballal memegang piala Oscar untuk Filem Dokumentari Terbaik untuk No Other Land pada 2 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda