Sunday, October 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang peraduan fotografi dipilih

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Peraduan Fotografi Borneo Bulletin 2023/24 mendapat sambutan yang menggalakkan di mana lebih 1,000 penyertaan telah dicatatkan yang mempertandingkan lima kategori.

    Sehubungan itu, pemilihan pemenang bagi peraduan tersebut telah diadakan hari ini di Ibu Pejabat Brunei Press Sdn Bhd.

    Hadir bagi menyaksikan pemilihan pemenang ialah Pengurus Besar Brunei Press, Anafiah binti Omar, Pengurus Kanan Kewangan dan Operasi, Suzie Houng bersama wakil penaja-penaja peraduan berkenaan.

    Kategori yang dipertandingkan ialah kategori penduduk, makanan dan budaya, kategori tempat, mercu tanda dan hidupan liar, dan kategori perkahwinan diraja.

    Turut dipertandingkan dalam peraduan itu ialah kategori Hari Kebangsaan Brunei Darussalam ke-40, dan kategori kecergasan, sukan dan gaya hidup.

    Antara yang hadir dalam pemilihan pemenang Peraduan Fotografi Borneo Bulletin ialah perwakilan daripada Bank Baiduri Berhad, Interhouse Company (Canon), Aifa Sdn Bhd, QAF Auto Sdn Bhd (BMW), Hotel Radisson Brunei Darussalam, Ben Foods (B) Sdn Bhd (Supa Save), dan The Coffee Bean & Tea Leaf.

    Peraduan tersebut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Sekiranya awda telah menghantar penyertaan, nantikan pengumuman pemenang dalam Borneo Bulletin dan Media Permata pada 12 Julai nanti. Wakil daripada Brunei Press Sdn Bhd akan menghubungi setiap pemenang dengan butiran mengenai acara penyampaian hadiah.

    Pegawai-pegawai kanan Brunei Press Sdn Bhd bergambar ramai bersama wakil-wakil penaja peraduan tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir dalam acara pemilihan pemenang Peraduan Fotografi Borneo Bulletin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda