Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang peraduan KACA terima hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Pusat Kanak-kanak Cacat (KACA) baru-baru ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah untuk Peraduan Mewarna dan Melukis 2022 dalam memberi galakkan kepada kanak-kanak KACA untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.

    Majlis yang diadakan di Pusat KACA, Kampung Kiulap itu turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah Peraduan Mari Bercerita 2022 sempena ulang tahun penubuhan KACA yang ke-36 tahun.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin selaku tetamu kehormat majlis.

    Antara lain tujuan peraduan berkenaan adalah untuk mencungkil bakat semula jadi kanak-kanak selain meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    Di samping itu, ia menggalakkan kanak-kanak menjana idea spontan dan menyaksikan diri bertutur di depan umum.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

    Salah seorang pemenang menerima hadiah daripada tetamu kehormat majlis.
    Salah seorang pemenang menerima hadiah daripada tetamu kehormat majlis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda