Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Pemenang peraduan mewarna PSB terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PSB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Sebagai sebahagian daripada aktivitinya sempena Festival Disember Brunei (BDF) dan Hari Bertindak, Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah mengadakan Pertandingan Mewarna dan Kuiz Secara Maya, baru-baru ini.

    Majlis penyampaian hadiah bagi kedua-dua aktiviti berkenaan telah diadakan kelmarin di Dewan Jawatan Dalam, PSB di mana penyampaiannya disempurnakan oleh Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Awang Mohd Syahmi bin Halimshah selaku pengerusi bagi aktiviti cuti sekolah anjuran PSB bagi mewakili timbalan pengetua PSB.

    Peraduan mewarna terbahagi kepada dua kategori iaitu Katergori A untuk peserta berumur 7 hingga 10 tahun dan Kategori B untuk peserta berumur 11 hingga 15 tahun. Sebanyak 41 penyertaan telah diterima dan hanya enam peserta sahaja yang dipilih sebagai pemenang tempat pertama hingga ke-6 untuk setiap kategori.

    Pemenang Kategori A ialah Dayang Nur Thaqebah ‘Alya binti Osmawadi, Dayang Nur Thaqefah ‘Aufa binti Osmawadi, Dayang Nurul Ardyana Hanisah binti Roshiman, Audrey Nathania Haerudin dan Dayang Damia Maisara binti Noor Asima Fadillah.

    Pemenang Kategori B pula ialah Dayang Nur Lailatul Fitriah binti Samali, Dayang Nur Afridelia Sahira binti Jofri, Dayang Syazanatul Shashellah binti Sahron, Dayang Nur Amanina Dania Azyyati binti Mohd Noh dan Dayang Mohd Alif Haykal bin Samali.

    Kuiz secara maya pula terbahagi kepada dua siri dengan siri pertama telah berlangsung pada 22 Disember dan siri kedua pada 27 Disember lalu di mana seramai 28 orang peserta telah mengikuti pertandingan berkenaan melalui penstriman langsung aplikasi Zoom.

    Siri 1 yang diselenggarakan oleh Bahagian Penerbitan dan Pemasaran, PSB telah dimenangi oleh Awang Mohd Nazirul Mubin bin Haji Ramlee, Dayang Nur Hasanah binti Haji Marsidi, Awang Suwardi bin Salman, Dayang Siti Nur Wardinah binti Salman, Brad Jaron De Roma Fernandez dan Dayang Nurul Alwani Damia binti Mohamad Hasrolley.

    Manakala itu, para pemenang siri kedua yang dikendalikan oleh Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, PSB ialah Dayang Nur Thaqebah ‘Alya, Dayang Nur Thaqefah ‘Aufa, Awang Suwardi bin Abdullah Salman, Dayang Nurul Mu’izzah Billah binti Muhammad Zulhilmi Mu’izzuddin, Awang Mohammad Zulkifli @ Shahminan bin Awang Herman dan Dayang Nurul Syasha binti Abdullah.

    Antara tujuan utama aktiviti berkenaan dijalankan adalah sebagai aktiviti tahunan cuti sekolah anjuran PSB di samping sebagai salah satu cara mendekatkan masyarakat kepada sejarah khususnya generasi muda supaya minat dan memahami tentang persejarahan negara di samping menanamkan perasaan cinta kepada raja, agama, bangsa dan negara.

    Awang Mohd Syahmi semasa menyampaikan hadiah di dalam majlis tersebut.
    Antara pemenang-pemenang yang memenangi hadiah di dalam peraduan mewarna tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...