Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Promosi GHK Raya dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Dayang Fatin Nadzirah binti Asan tidak mampu menahan sebak apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah Promosi GHK Raya Rewards 2023 yang berlangsung pagi tadi di Bilik Pameran Mitsubishi, Kampung Beribi.

    Beliau yang membawa pulang hadiah berjumlah $5,000 itu mengongsikan kepada pihak media bahawa berkat doa serta restu orang tuanya hari ini telah memberikannya rezeki yang tidak terduga apabila dipilih sebagai pemenang hadiah utama dalam promosi GHK Motors Sdn Bhd yang berjalan dari 1 Mac hingga 31 Mei lalu.

    Beliau turut menjelaskan yang beliau sama sekali tidak menyangka bahawa pembelian Mitsubishi Pajero Sport baharunya itu akan memberikannya peluang untuk memenangi cabutan bertuah tersebut.

    Sebelumnya, beliau yang juga merupakan pemilik kenderaan Mitsubishi ASX mengongsikan antara sebab beliau tetap memilih untuk membeli kenderaan Mitsubishi dari GHK Motors Sdn Bhd adalah kerana segala peralatan dan kelengkapan kenderaan mudah didapati yang menjadikannya mudah untuk mengekalkan prestasi keretanya di samping melihat kepada perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh syarikat berkenaan kepada para pelanggannya dalam pengendalian kenderaan dan sebagainya.

    Ketika ditanya mengenai hadiah yang dimenanginya, Dayang Fatin Nadzirah menjelaskan bahawa ia adalah untuk keluarganya di samping tidak menolak kemungkinan untuk menggunakannya bagi memenuhi hasrat terpendamnya selama ini iaitu menjejakkan kali ke Tanah Suci dan menjalankan ibadah umrah.

    Gambar ramai pemenang Cabutan Bertuah Promosi GHK Raya Rewards 2023 yang berlangsung di Bilik Pameran Mitsubishi, Kampung Beribi, kelmarin.

    Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh. Juga hadir ialah Pengerusi GHK Motors, Pengiran Halaluddin bin Pengiran Dato Paduka Haji Shariffuddin; Pengurus Besar GHK Motors, Au Thien Kiong; Penolong Jualan & Pemasaran, Jason Chai; Pemasaran Digital, Nuur Siraaj; dan Pemasaran Digital dan Penganalisis Data, Hamizah.

    Pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi, Perodua, Daihatsu, MG, Maxus, Chevrolet, Chrysler, Jeep, Alfa Romeo dan Changan layak mendapat tiket cabutan bertuah sepanjang tempoh promosi berkenaan.

    Acara ini diadakan sebagai ganjaran kepada pelanggan GHK Motors kerana menyokong francais jenama GHK Motors dan juga sebagai sebahagian daripada perayaan Hari Raya.

    Seramai 13 orang pemenang menerima hadiah utama pada hari ini berjumlah $5,000, hadiah kedua $3,000, hadiah ketiga sebanyak $2,000 dan 10 orang pemenang sagu hati bernilai $1,000 setiap satu.

    Hadiah di tempat kedua sebanyak $3,000 telah dimenangi oleh Hajah Rosaida binti Abidin manakala hadiah Ketiga sebanyak $2,000 pula menjadi milik Hajah Noraizah binti Haji Yusof.

    Hadiah tiga teratas telah diundi oleh Jake Goh, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin dan Au Thien Kiong.

    Sementara itu, pengundian hadiah sagu hati pula telah disempurnakan oleh tetamu jemputan Suwardi dari Jualan dan Pemasaran Baiduri Finance Berhad; Ketua Pemasaran & Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin; Ketua Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali Bin Haji Metusin; Timbalan Pengurus Besar Baiduri Finance Berhad, Haji Mohd Rayme Bin Haji Bakri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda