Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Hajah Jamaliah binti Haji Matamit terpilih sebagai pelanggan bertuah Promosi Sungkai Ramadan Restoran Coffee House Rizqun dan memenangi Pakej Bufet Hari Raya I bernilai $1,500 pada majlis penyampaian hadiah di restoran tersebut hari ini.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Dayang Norhayati binti Marzuki yang memenangi hadiah Pakej Bufet Rumah Terbuka Hari Raya II bernilai $1,250 dan pemenang ketiga, Izzati memenangi hadiah Paket Bufet Rumah Terbuka III bernilai $1,000.
Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Restoran Rizqun, Hajah Duratul Ain binti Haji Awang Mohamad. Ia turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Pembelian Restoran Rizqun, Hajah Noorzawani binti Haji Awang Abu Bakar.
Hajah Jamaliah ketika ditemu bual melahirkan perasaan gembira memenangi hadiah utama selepas menikmati bufet sungkai Ramadan bersama keluarga.
Hajah Dayang Duratul Ain pula mengatakan cabutan bertuah tersebut merupakan penghargaan kepada pelanggan restoran.
“Tahun ini kita menawarkan hadiah bufet Hari Raya kerana keadaan COVID-19 yang masih berleluasa di luar negara, kita tidak dapat menawarkan pakej umrah seperti tahun-tahun sebelumnya,” tambahnya.
