Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang suku tahun, bulanan diumumkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI –Seramai lima pemenang suku tahun dan 20 pemenang bulanan bagi Kempen Impian Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerima hadiah mereka pada majlis yang diadakan di di Serambi Batil, Tarindak D’Seni di ibu negara, hari ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini, pemenang suku tahunan masing-masing memenangi hadiah bernilai $4,000 manakala pemenang bulanan menerima hadiah bernilai $250 setiap seorang yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan 2 dan Ketua Kumpulan Perbankan Runcit, Awang Irwan bin Lamit.

    Dalam cabutan suku tahun itu, daripada lima pemenang yang membawa pulang hadiah $4,000 berupa Akaun Simpanan BIBD, tiga pemenang dewasa dan dua lagi pemenang junior.

    Hadiah-hadiah diberikan berdasarkan undian awam yang dijalankan di akaun media sosial BIBD, di mana orang awam diminta memilih hadiah pilihan mereka.

    Sementara itu, 10 pemenang bulanan dewasa dan 10 pemenang bulanan junior juga membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $250 setiap seorang.

    Kempen berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran untuk pelanggan bank berkenaan dan untuk memberi peluang maksimum kepada pelanggan untuk menang dengan menyertai pelbagai produk dan perkhidmatan yang melayakkan menyertai untuk cabutan ini.

    Hadiah utama untuk seorang pelanggan bertuah bagi kempen ini berpeluang mendapat sebuah rumah berkembar moden daripada BIBD.

    Kempen ini merupakan sebahagian usaha BIBD untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia memberi sokongan kepada bank berkenaan disamping memberi peluang kepada semua untuk memenangi ruangan baharu yang dipanggil sebagai rumah.

    Dalam masa yang sama juga, BIBD berharap akan memberi sokongan kepada aspirasi negara sebagai rakan kongsi dalam Kemajuan seterusnya menyediakan cara untuk warga Brunei memiliki kediaman mereka sendiri.

    Awang Irwan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda