Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Terbuka Badminton CHKS terima hadiah

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Beregu Lai Shiou Yeh dan Darren Chai Chee Hou muncul juara dalam Kategori Profesional A Terbuka Badminton Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHKS) 2020 selepas menewaskan beregu Mohamad Iqbal Asyraf bin Mohamad dan Dodi Setiadi, baru-baru ini.

    Sementara dalam Kategori Profesional B dimenangi oleh beregu Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri dan Mohammad Aziz Asyraf bin Haji Kamis selepas berjaya menewaskan beregu Lim Eng Chai dan Awangku Abdul Qawi bin Pengiran Haji Zainalariffin.

    Perlawanan yang diadakan di Sekolah Chung Hwa Kiudang itu turut menyaksikan beregu Wong Yi Ted dan Azhar Abqari bin Haji Abas dinobatkan sebagai juara dalam Kategori Amatur A selepas menewaskan beregu Azzim bin Taroh dan Mohammad Shahrun bin Mohamadiah.

    Sementara beregu Yong Shun De @ Chris Yong dan Liew Yu Loeng muncul sebagai pemenang dalam Kategori Amatur B dengan menewaskan beregu Fariq bin Haji Mohammad Nor dan Minggat anak Sulong.

    Hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung. Sebanyak 76 pasukan beregu lelaki dari empat kategori telah mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua minggu yang bermula pada 13 Disember lalu.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Kiudang, Haji Burhanuddin bin Hashim; Pemangku Ketua Kampung Kiudang, Awang Saifulbahri bin Haji Umarali dan Presiden Persatuan Badminton Negara Brunei Darussalam, Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad.

    Yang Berhormat Haji Umarali ketika bergambar ramai bersama para pemenang. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda