Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Tilawah terima hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Jabatan Pengajian Islam telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah Al-Quran (Tarannum) bagi Sekolah-sekolah Arab dan Ugama Tahun 1446H / 2024M di Surau Sekolah Ugama Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti pengumuman keputusan pertandingan.

    Acara diteruskan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada johan bagi ketiga-tiga kategori pertandingan.

    Kategori Alif telah dibukakan kepada para pelajar Tahun 10, 11 dan Pra U dari persekolahan Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Manakala Kategori Ba dibukakan bagi pelajar Tahun 7, 8 dan 9. Sementara Peraduan Membaca Al-Quran (Tarannum) pula dibukakan khusus bagi murid-murid persekolahan agama.

    Seramai 24 peserta terdiri daripada empat peserta lelaki dan empat peserta perempuan bagi setiap kategori telah terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir.

    ATAS & BAWAH : Dr Haji Hardifadhillah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Tilawah Al-Quran pada majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda