Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemenang utama BIBD Aspirasi 5 bawa pulang $250,000

    Oleh Nurdiyanah R.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Awang Nurul Hilmi bin Haji Rozali, 37, melahirkan kesyukuran apabila terpilih sebagai pemenang utama Kempen Ganjaran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Aspirasi 5 dengan membawa pulang wang tunai $250,000, hari ini.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang pada majlis yang berlangsung semasa Pesta Pengguna ke-28 (CF28) di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini, ialah Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dan Pengarah Bebas Lembaga Pengarah BIBD, Haji Sofian bin Mohammad Jani.

    Semasa ditemui Media Permata, Awang Nurul Hilmi berkongsi beliau mula menyertai Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi sejak 2019, memperuntukkan sejumlah wang tunai sebagai simpanannya bagi kempen tersebut.

    “Suatu yang tidak disangka, apabila saya dihubungi oleh pihak BIBD pada Isnin lalu sebagai salah seorang finalis cabutan hadiah utama kempen ini. Walau bagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki ini. Sememangnya saya berhasrat untuk membawa ibu bapa saya menunaikan ibadah umrah, di samping meneruskan penyimpanan daripada wang kemenangan ini,” ujarnya.

    Beliau menambah bahawa kempen berkenaan pastinya memberikan peluang kepada masyarakat di negara ini untuk mengamalkan budaya menabung atau menyimpan wang sambil menanti peluang memenangi hadiah-hadiah yang disediakan.

    Haji Sofian menyampaikan hadiah kepada Awang Nurul Hilmi.- GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Gambar ramai peserta yang memenangi kempen tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Dengan kejayaan kempen Aspirasi 5, BIBD juga telah melancarkan BIBD Aspirasi 6 pada Disember lalu, memulakan satu lagi tahun yang memberangsangkan dan perjalanan kejayaan kewangan bagi pelanggan BIBD Aspirasi.

    Kempen BIBD terbaharu akan menampilkan dua pemenang hadiah utama yang masing-masing akan membawa pulang wang tunai $200,000. Sepanjang tahun ini, kempen berkenaan juga akan menyaksikan 288 pemenang bulanan dan 16 pemenang suku tahunan.

    Pendeposit BIBD Aspirasi yang memegang sijil lebih lama akan menerima lebih banyak penyertaan untuk menang, memastikan pengedaran ganjaran yang lebih meluas dan memperkukuh dedikasi BIBD untuk menyampaikan pengalaman yang inklusif dan bermanfaat bagi semua.

    Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 6 kekal boleh diakses oleh semua orang melalui BIBD NEXGEN, dengan sumbangan kemasukan minimum hanya $50.

    Tanpa had maksimum, semua penyimpan boleh menerima sepenuhnya peluang tanpa sebarang sekatan. Inisiatif berkenaan mengukuhkan komitmen BIBD bagi menjadikan BIBD Aspirasi 6 pengalaman yang benar-benar inklusif dan bermanfaat untuk semua orang yang terlibat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...