Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang utama promosi Kia terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Dayang Rashidatun Nazwa binti Rosli hari ini membawa pulang hadiah utama kempen promosi cabutan bertuah Kia Inspiring Move bernilai $5,000 pada majlis cabutan bertuah yang berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah wakil-wakil dari institusi kewangan tempatan dan Grand Motors Sdn Bhd.

    Hadiah utama disampaikan oleh Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho.

    Manakala hadiah-hadiah seterusnya disampaikan olen para wakil institusi kewangan iaitu Pengurus Jualan Luar BIBD At-Tamwil Bhd, Awang Mohamad Asmali Razali; Ketua Operasi BIBD At-Tamwil Bhd, Awang Azri Gharif; Pegawai Jualan Baiduri Finance Berhad, Awang Suwardi Wahab; dan Ketua Bahagian Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin Begawan Mudim Haji Metussin.

    Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Hajah Rosidah binti Haji Abas membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $3,000, sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Awang Mohamad Husni Azhani bin Haji Mohd Zaidi yang membawa pulang wang tunai sebanyak $2,000.

    Dayang Rashidatun Nazwa bergambar bersama hadiah utama yang dimenanginya semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Seramai 10 orang pemenang telah tersenarai menyertai sesi cabutan berkenaan, tujuh pemenang daripada 10 peserta yang mana lima daripadanya masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $500 dan dua daripadanya membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy.

    Semasa temu bual dengan pemenang hadiah utama, Dayang Rashidatun mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kia Brunei kerana terpilih sebagai pemenang utama.

    “Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat dan hadiah yang dimenangi sedikit sebanyak dapat membantu untuk perbelanjaan semasa mengerjakan ibadah umrah pada bulan ini,” ujarnya.

    Kempen promosi anjuran Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam merupakan salah satu komitmen Kia untuk menghargai para pelanggannya atas sokongan yang telah diberikan dengan mempercayai jenama Kia selama ini.

    Promosi Kia Inspiring Move, yang berlangsung dari 1 September hingga 30 November lalu di mana pelanggan yang membeli mana-mana model Kia sepanjang tempoh berkenaan secara tidak langsung dimasukkan ke dalam cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda