Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerdagangan lemur, kura-kura endemik dijangka dipulangkan ke Madagascar

    ANTANANARIVO, 2 DIS – Kira-kira puluhan ekor lemur dan lebih 900 kura-kura endemik Madagascar yang diperdagangkan di Thailand akan dipulangkan minggu ini, kata kementerian alam sekitar negara pulau Lautan Hindi, kelmarin.

    Menurut wartawan AFP, 16 ekor lemur ring-tailed – yang merupakan spesies lemur paling dikenali mempunyai ekor berwarna hitam dan putih – tiba di ibu negara Antananarivo, kelmarin.

    Manakala, 31 lagi berwarna coklat, bermata kuning dan berbulu oren, akan tiba pada minggu akan datang.

    “Ia akan dikuarantin dan diperiksa oleh doktor haiwan sebelum dilepaskan semula ke habitat semula jadi mereka,” kata kementerian alam sekitar negara itu.

    Kira-kira 914 ekor labah-labah dan kura-kura, yang dirampas di Thailand pada Mei dalam operasi terbesar menentang pemerdagangan haiwan liar, juga akan dipulangkan.

    “Penghantaran pulang itu menandakan kemuncak usaha besar yang diketuai oleh Madagascar untuk membawa semula spesies endemik tersebut yang diklasifikasikan diancam kepupusan”, kata kerajaan.

    Keempat-empat spesies yang diperdagangkan dianggap terancam oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

    Madagascar adalah rumah kepada beberapa biodiversiti terkaya di dunia dan banyak mempunyai spesies endemik. – AFP

    Seekor lemur jenis Lemur Catta atau Maki, spesies lemur endemik Madagascar, dikunci dalam peti kayu di Antananarivo pada 1 Disember. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda