Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerhati EU lulus pil COVID-19 Pfizer

    THE HAGUE, 27 JAN – Pemerhati ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pil koronavirus keluaran Pfizer hari ini, menjadikannya rawatan oral antiviral pertama bagi COVID-19 yang diluluskan di Eropah.

    Kajian menunjukkan ubat yang dipanggil Paxlovid mampu mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian di kalangan pesakit yang berisiko tinggi dan juga berkesan melawan varian Omicron.

    Pil berpotensi untuk menamatkan pandemik kerana ia boleh dibawa pulang ke rumah, berbanding rawatan di hospital.

    “Paxlovid adalah ubat antiviral pertama yang digunakan untuk dimakan dan mendapat saranan daripada EU untuk merawat COVID-19,” kata Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda