Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Pemeriksaan dan rondaan sampah perlu terus dipergiat

    Baru-baru ini, saya ada membaca laporan dalam akhbar Media Permata bertarikh 12 Oktober bertajuk ‘Longgok sampah, dua syarikat di kompaun’.

    Sebagai penduduk yang tinggal di bumi Darussalam yang bertuah ini, saya menyambut baik tindakan tegas pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dalam pengurusan sisa buangan.

    Masalah pembuangan sampah secara tidak teratur, sembarangan bukan sahaja mencacatkan pemandangan sesebuah kawasan, malah boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan alam sekitar.

    Tindakan segelintir syarikat yang melonggokkan sampah sesuka hati menunjukkan sikap sambil lewa terhadap kebersihan dan peraturan. Perbuatan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan imej kawasan perindustrian dan persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat.

    Saya berharap pihak berkuasa dapat terus mempergiat rondaan dan pemeriksaan berkala terhadap syarikat-syarikat yang beroperasi, bukan sekadar selepas aduan dibuat.

    Pendekatan proaktif ini penting bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan kebersihan dan alam sekitar.

    Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu memainkan peranan aktif. Jika ternampak sebarang perbuatan yang melanggar akta dan undang-undang, laporkan segera kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Tindakan kita sebagai mata dan telinga masyarakat boleh membantu mempercepat penguatkuasaan dan mencegah perbuatan tidak bertanggungjawab daripada terus berleluasa.

    Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

    Jalil Abdullah

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...