Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerintah ABDB terima kunjungan hormat

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, menerima kunjungan hormat daripada Komandan Jenderal Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD), Mayor Jenderal TNI Madsuni, di Bolkiah Garison, kelmarin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan.

    Menurut kenyataan itu lagi, semasa kunjungan hormat berkenaan, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Mayor Jenderal TNI Madsuni ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Komandan Jenderal KOPASSUS, TNI-AD pada 16 September 2016.

    Di majlis itu juga, Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyampaikan penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan ABDB dan TNI melalui pelbagai platform. Kedua-dua belah pihak memberikan komitmen dalam mengukuhkan lagi hubungan pertahanan angkatan tentera masing-masing.

    Gambar serahan Kementerian Pertahanan menunjukkan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Mayor Jenderal TNI Madsuni (kanan) di Bolkiah Garison.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda