Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerintah ABDB terima kunjungan hormat

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan Kanada yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Andrew Cleveland yang berlangsung di Bolkiah Garison, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, semasa kunjungan hormat itu, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Penasihat Pertahanan Kanada ke Negara Brunei Darussalam dan kedua-dua belah pihak melahirkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak seterusnya berharap untuk meneroka peluang bagi meningkatkan lagi hubungan baik di antara angkatan tentera kedua-dua buah negara.

    Di samping itu, Kolonel Andrew Cleveland turut membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, di mana kedua-dua belah pihak membincangkan isu-isu kepentingan bersama yang berkaitan dengan bidang kerjasama pertahanan.

    Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih (kiri) ketika menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Andrew Cleveland. – Gambar oleh Kementerian Pertahanan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda