Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerintah Laos ambil tindakan tegas bangkitkan ekonomi lemah

    VIENTIANE, 23 JAN – Kerajaan Laos telah menggariskan rancangan kerja tahun 2023, berjanji untuk mengambil tindakan yang lebih kukuh untuk menghidupkan semula ekonomi yang lembap, khususnya dengan menstabilkan kadar pertukaran mata wang, mengekang inflasi dan mengumpul lebih banyak pendapatan untuk me-ningkatkan kuasa belanja.

    Janji ini adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk memenuhi matlamat dua agenda negara, yang bertujuan untuk mengurangkan kesukaran ekonomi dan kewangan negara dan menghentikan gelombang meningkat penyalahgunaan dadah.

    Jurucakap kerajaan, Thippakone Chanthavongsa, telah dipetik oleh Televisyen Kebangsaan Laos hari ini selepas mesyuarat berlangsung selama dua hari, berkata, kerajaan tidak akan membenarkan negara itu gagal membayar hutang.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, dan dihadiri oleh ahli-ahli kabinet, pentadbir negeri dan wakil-wakil agensi kerajaan, membincangkan cara untuk mengurangkan kerentanan ekonomi makro negara terhadap tekanan luar.

    Peserta mesyuarat bersetuju untuk mempercepatkan digitalisasi pengumpulan pendapatan dan mencipta sumber pendapatan baru sambil bekerja lebih keras untuk mengurangkan kebocoran kewangan.

    Lebih banyak fokus juga akan diberikan kepada pembayaran wang yang berhutang oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat swasta yang melaksanakan projek pembangunan yang dibiayai oleh kerajaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda