Saturday, November 16, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerintah tentera Sudan pohon penyingkiran utusan PBB

    KAHERAH, 28 MEI – Pemerintah tentera Sudan menuntut dalam surat kepada setiausaha agung PBB supaya utusan PBB ke negaranya disingkirkan, kata pegawai, kelmarin. Ketua PBB itu ‘terkejut’ dengan surat itu, kata seorang jurucakap.

    Utusan itu, Volker Perthes, telah menjadi orang tengah utama di Sudan, pertama semasa percubaan pantas negara itu untuk beralih kepada demokrasi dan kemudian selepas ketegangan yang semakin memburuk antara seteru tentera meletus kepada pertempuran terbuka bulan lalu.

    Pertempuran itu mempertemukan tentera yang setia kepada ketua tentera Jeneral Abdel-Fattah Burhan menentang kumpulan separa tentera yang kuat, Rapid Support Forces, yang diketuai oleh Jeneral Mohammed Hamdan Dagalo. – AP

    Pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera yang kuat telah menyebabkan lebih 1.3 juta orang kehilangan tempat tinggal, kata agensi penghijrahan PBB, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda