Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerintah TUDB dikurniakan DKAT, PGAT

    KUALA LUMPUR, 29 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong Malaysia telah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Darjah Pertama Tahun 2024 sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia yang ke-91, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

    Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2024 telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

    Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan Pemerintah TUDB dalam menyumbang ke arah meningkatkan dan mengukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama erat di antara TUDB dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan DKAT Darjah Pertama Tahun 2024 kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar ramai bersama tetamu jemputan pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda