Friday, January 10, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemerolehan 7-Eleven: Jepun utamakan ‘keselamatan ekonomi’

    TOKYO, 9 JAN – Jepun akan melihat aspek ‘keselamatan ekonomi’ dalam mana-mana pengambilalihan asing 7-Eleven, kata seorang menteri kerajaan ketika Couche-Tard Kanada meneruskan pengambilalihan rangkaian kemudahan terbesar di dunia.

    Alimentation Couche-Tard, yang memiliki jenama Circle K, ingin membeli syarikat induk kedai Seven & i tetapi firma Jepun itu menolak tawaran awal bernilai hampir AS$40 bilion daripada Couche-Tard pada tahun lalu.

    Ia mendorong syarikat Kanada itu membuat bidaan baharu dilaporkan bernilai 20 peratus lebih tinggi.

    “Keselamatan ekonomi adalah bidang baharu tetapi, sebagai contoh, saya fikir pemerolehan 7-Eleven mempunyai kaitan yang besar,” kata Ryosei Akazawa, Menteri Pemulihan Ekonomi Jepun, kelmarin.

    Akazawa menekankan peranan yang boleh dimainkan oleh kedai serbaneka Jepun pada masa krisis, seperti selepas gempa bumi besar dan bencana lain, terutamanya di rantau terpencil.

    “Jika, sebagai contoh, 7-Eleven menjadi milik sepenuhnya dengan modal asing, untuk mengejar keuntungan sebagai keutamaan pertamanya, adakah ia benar-benar menawarkan kerjasama penuh apabila berlakunya krisis?” katanya kepada pemberita. – AFP

    Pelanggan kelihatan dalam kedai serbaneka 7-Eleven di tengah Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda