BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) akan memberikan pengiktirafan peringkat rantau iaitu Hadiah Terjemahan MASTERA 2019.
Bagi melaksanakan projek tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku sekretariat MASTERA Brunei Darussalam akan mengungkayahkan peraduan peringkat kebangsaan sebagai proses awal pemilihan calon penerima Hadiah Terjemahan MASTERA.
Hadiah Terjemahan MASTERA terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam. Sehubungan dengan itu, borang penyertaan boleh diperoleh melalui Kaunter Penyambut Tetamu DBP, Berakas, cawangan-cawangan perpustakaan seluruh daerah dan boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://lead.me/bb5jc4 atau dengan mengimbas kod QR yang terdapat dalam poster. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April.