Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Hampir 50 pemain telah menunjukkan kelebihan dan potensi pada sesi pemilihan pemain kebangsaan di Padang Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), hari ini. Pemilihan selama tiga hari itu menumpukan penelitian kemantapan secara menyeluruh aspek pemain-pemain sebelum diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan. Presiden FABD, Feisal

