Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemilihan pemain kebangsaan bermula

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Hampir 50 pemain telah menunjukkan kelebihan dan potensi pada sesi pemilihan pemain kebangsaan di Padang Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), hari ini.

    Pemilihan selama tiga hari itu menumpukan penelitian kemantapan secara menyeluruh aspek pemain-pemain sebelum diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

    Presiden FABD, Feisal Eusoff yakin dengan kegigihan yang tinggi dan komitmen yang jitu daripada semua pemain, barisan jurulatih, pegawai yang terlibat dan stakeholder mampu mencorak dan membina satu pasukan yang dinamik dan mampu melangkah dalam persada bola sepak yang lebih jauh.

    Sementara itu, kehadiran bekas pemain-pemain kebangsaan yang mengikuti latihan dan pemilihan akan membantu pihak jurulatih dan pegawai mendapat ruang lebih luas untuk membuat penilaian dan pemilihan.

    Presiden juga ingin menyaksikan persiapan pendek pasukan itu dengan mengadakan perlawanan-perlawanan dengan pasukan tempatan.

    “Dengan adanya keterbukaan ini, saya pasti pasukan kebangsaan akan bersiap siaga bagi perlawanan-perlawanan Window Friendly FIFA malah bagi persiapan perlawanan-perlawanan di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

    Beliau seterusnya menyarankan agar pasukan kebangsaan sentiasa memberikan tumpuan untuk menguasai saingan dengan pesaing-pesaing berhampiran seperti Kalimantan, Sabah dan Sarawak sebelum melangkah ke peringkat ASEAN, Asia dan sebagainya.

    Juga menyaksikan sesi latihan dan pemilihan ialah Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni.

    Feisal Eusoff turun padang bagi menyaksikan sesi pemilihan pemain kebangsaan, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...