Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik 7-Eleven terima tawaran baharu ACT

    TOKYO, 9 OKT – Pemilik 7-Eleven dari Jepun menyatakan hari ini bahawa mereka telah menerima tawaran pengambilalihan ‘baharu’ daripada pesaing Kanada, Alimentation Couche-Tard (ACT), setelah menolak tawaran awal bernilai kira-kira AS$40 bilion.

    7-Eleven adalah rangkaian kedai serbaneka terbesar di dunia dengan lebih daripada 85,000 cawangan di seluruh dunia, kira-kira seperempat daripadanya terletak di Jepun.

    Seven & i Holdings tidak memberikan angka untuk tawaran yang baharu daripada ACT, tetapi Bloomberg News dan beberapa media lain melaporkan bahawa jumlahnya adalah sekitar AS$47 bilion.

    Pengambilalihan tersebut, jika direalisasikan, akan menjadi pembelian luar negara terbesar bagi syarikat Jepun.

    “Seperti yang diminta oleh ACT, syarikat telah mengekalkan, dan berhasrat untuk terus mengekalkan kerahsiaan perbincangan semasa dengan ACT,” kata Seven & i, peruncit terbesar di Jepun, dalam satu kenyataan.

    Seven & i akan mengumumkan pendapatan suku tahunan mereka pada Khamis, dengan ketua pegawai eksekutif dijadualkan untuk membentangkan kenyataan kepada media. – AFP

    Seorang lelaki keluar dari kedai serbaneka 7-Eleven di pusat bandar Tokyo pada 9 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda