Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik 7-Eleven tolak bidaan ACT

    TOKYO, 6 SEPT – Pemilik Jepun 7-Eleven berkata hari ini ia telah menolak bidaan pengambilalihan daripada gergasi runcit Kanada Alimentation Couche-Tard (ACT), dengan mengatakan ia sangat rendah daripada nilai syarikat itu.

    Cadangan pembelian Seven & i Holdings akan menjadi pengambilalihan asing terbesar bagi syarikat Jepun dan menggabungkan 7-Eleven, Circle K dan peruncit lain di seluruh Asia, Amerika Utara dan Eropah.

    Sebagai rangkaian kedai serbaneka terbesar di dunia, 7-Eleven mengendalikan lebih daripada 85,000 cawangan di seluruh dunia.

    Walaupun jenama itu bermula di Amerika Syarikat, sejak 2005 ia telah dimiliki sepenuhnya oleh Seven & i.

    “Surat daripada lembaga Seven & i kepada ACT berkata, ia sangat terbuka untuk melibatkan diri dalam perbincangan sekiranya mereka mengemukakan cadangan yang mengiktiraf sepenuhnya nilai dalaman kami.

    “Kami tidak percaya, atas beberapa sebab kritikal, cadangan yang mereka kemukakan memberikan asas kepada kami untuk melibatkan diri dalam perbincangan substantif berhubung potensi transaksi,” katanya.

    ACT mengendalikan lebih daripada 16,700 cawangan di 31 buah negara dan wilayah.

    Seven & i berkata, ACT telah menawarkan AS$14.86 sesaham dalam bentuk tunai, yang secara kasarnya sepadan dengan nilai pasarannya sebanyak AS$39 bilion. – AFP

    Orang ramai membeli-belah di kedai serbaneka 7-Eleven di New York pada 19 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda