Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik BMW sambut Hari Keluarga

    BELAIT, 29 JAN – Kelab Independent Bimmer Team (IBT) dan Kelab Brunei Bimmer Members (BBM) telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di Pantai Lumut, Kuala Belait, hari ini.

    Acara tahunan tersebut dianjurkan sebagai sebahagian daripada program kedua-dua kelab sempena Tahun Baharu 2025.

    Ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan ahli yang berkongsi minat terhadap kenderaan automotif berjenama BMW.

    Selain itu, acara tersebut juga memberi peluang kepada ahli lama dan baharu daripada kedua-dua kelab untuk berkumpul dan saling mengenali.

    Ahli-ahli Kelab IBT dan BBM bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN AHMAD ESWADI HMT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda