ROM, 26 April – Pemilik bagi fesyen gergasi Itali, Gucci, dijangka perlu membayar rekod denda hampir 1.5 bilion euro atas kesalahan penipuan cukai, menurut beberapa laporan media hari ini.
“Peguam-peguam masih membuat perbincangan dengan pihak berkuasa cukai bagi pengurangan beberapa ratus juta euro, tetapi denda yang perlu dibayar oleh Kumpulan Kering merupakan yang tertinggi (di Itali),” menurut akbar La Stampa.
“Ia adalah cek hampir 1.5 bilion euro,” tambahnya.
Ia adalah susulan satu siasatan oleh pihak pendakwa raya Milan ke atas rumah fesyen itu mengenai rasa syak terhadap pengisytiharan hasil jualan selama beberapa tahun di Switzerland, oleh itu mengelakkan kira-kira 1.3 bilion euro dari cukai domestik.
Kering dijangka menandatangani satu persetujuan mengenai jumlah yang belum dibayar pada 2 Mei, menurut akhbar kewangan, Il Sole 24 Ore.
“Pada peringkat ini, tiada persetujuan telah dicapai bagi mana-mana jumlah khusus,” menurut Kering kepada AFP. – AFP