GLASGOW, 27 APRIL – Pemilik pasukan Hearts, Ann Budge mempersoalkan kelmarin sama ada bola sepak Scotland boleh ‘disambung pada bila-bila masa tahun ini’ walaupun perbincangan terus diadakan untuk menyelamatkan musim Liga Perdana daripada pandemik koronavirus.
Budge, yang telah memberi amaran kepada pemainnya supaya menerima pemotongan gaji atau tidak menerima gaji sama sekali, memberitahu Scotland kelmarin: “Saya tidak fikir ada di antara kita yang benar-benar percaya kita akan bermain bola sepak, terutama di hadapan peminat, pada bila-bila masa tahun ini kerana penangguhan gaji hanya akan mendorong lebih banyak masalah.”
Dengan sukan-sukan utama di Britain telah terhenti akibat virus, timbulnya kebimbangan bahawa sebarang penyambungan semula mungkin akan diadakan tanpa kehadiran peminat.– AFP