Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik infrastruktur telekomunikasi di Sabah perlu kemuka permit kepada PBT

    PENAMPANG, 2 OGOS – Pemilik infrastruktur telekomunikasi perlu mengemukakan permohonan kelulusan permit pembinaan infrastruktur komunikasi baharu dan pembaharuan permit tahunan menerusi One Stop Agency (OSA) bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Pengerusi Qhazanah Technology Sdn Bhd (QTSB), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata dalam kenyataan, OSA merupakan syarikat dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyelaras permohonan berkaitan infrastruktur telekomunikasi.

    “Syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi juga digalakkan menyertai program pemutihan bagi infrastruktur sedia ada yang masih belum berdaftar bagi mengelakkan infrastruktur telekomunikasi mereka dianggap struktur haram,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, Awang Ahmad Sah menyerahkan replika cek berjumlah RM660,500 kepada Majlis Perbandaran Penampang sebagai yuran permit tahunan struktur telekomunikasi bagi tempoh 2019 hingga 2022 hari ini.

    Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QTSB, Mikail S Abdullah turut meminta pemilik infrastruktur komunikasi supaya menggunakan platform dalam talian yang telah dikuatkuasakan 15 Julai lepas.

    Hal itu bagi memudahkan pengurusan dalam bentuk digital ke atas infrastruktur komunikasi di Sabah supaya dapat diurus tadbir dengan lebih baik dan teratur. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda