Baru-baru ini saya pergi ke sebuah kedai di kawasan Kampung Mulaut untuk membeli barangan keperluan bulanan seperti makanan, alat kebersihan dan sebagainya.
Pada kebiasaannya, barang yang selalu ada dalam senarai pembelian rutin adalah roti.
Ketika saya memilih roti tersebut, saya nyaris membeli roti yang sudah luput tarikh setelah menyedari roti tersebut menunjukkan timbul spora-spora kecil berwarna hijau yang biasa kita gelar ‘berkulat’.
Walhal pada awalnya saya fikir roti itu masih boleh dibeli kerana pada tarikh luput yang dipaparkan masih jauh. Saya pun terus melihatkan kepada pekerja di kaunter pembayaran dan dia pun merasa terkejut dengan perkara tersebut.
Lalu pekerja kaunter itu mengarahkan pekerja lain untuk memeriksa roti yang sama dan semuanya juga sudah mengalami kerosakan. Apa yang membuat geram, pekerja kedai tersebut tidak mengaku kesalahan dan langsung tidak meminta maaf. Malah mereka memberi alasan tompokan hitam pada roti tersebut bukanlah kerosakan namun kesan pembakaran. Kenapa perlu berdalih lagi? Adakah dengan cara begitu untuk mengaut keuntungan?
Saya harap pihak kedai lebih peka membuat pemeriksaan sebelum menerima sebarang penghantaran kerana boleh saja pihak penghantar secara sengaja menukar tanda tarikh luput pada roti yang tidak habis terjual.
Tolong periksa