Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik Leicester pertahankan Ranieri

    LONDON, 8 Feb – Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri telah diberitahu bahawa kedudukannya terjamin daripada dipecat apabila pemilik juara bertahan dari Thailand itu berjanji memberikan ‘sokongan penuh’ kepada pengurus tersebut.

    Pasukan Ranieri hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester United baru-baru ini dan spekulasi semakin kuat menyatakan bahawa warga Itali itu semakin dekat untuk dipecat.

    Tetapi di tengah-tengah laporan bahawa Ranieri telah kehilangan sokongan para pemainnya disebabkan taktik dan pemilihan pemain yang mengelirukan, pemilik Leicester telah cuba menurunkan tahap krisis itu dengan membuat kenyataan bahawa mereka masih percaya kepada lelaki yang telah membawa The Foxes menjulang kejuaraan Liga Perdana musim lepas itu.

    “Berkenaan dengan beberapa spekulasi baru-baru ini, Kelab Bola Sepak Leicester City mahu membuat penjelasan bahawa ia memberikan sokongan penuh kepada pengurus pasukan pertama, Claudio Ranieri,” satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang kelab.

    “Sementara adanya penghargaan daripada semua orang di kelab bahawa prestasi ketika ini perlu ditingkatkan, kejayaaan yang dicapai pada musim lepas adalah berdasarkan stabiliti, kesatuan dan keazaman yang kukuh untuk mengatasi cabaran-cabaran besar.

    “Keseluruhan kelab akan kekal di belakang pengurus dan para pemainnya, bersatu dan tetap fokus menghadapi cabaran-cabaran akan datang.”

    Dengan perlawanan ulangan bagi pusingan keempat Piala FA menentang pasukan divisyen bawah, Derby di Stadium King Power berlangsung awal pagi esok, Ranieri mengalu-alukan sokongan keyakinan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda