Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik New York Knicks positif COVID-19

    LOS ANGELES, 30 MAC – Pemilik hartawan perniagaan dari Amerika Syarikat (AS) dan pemilik New York Knicks, James Dolan telah disahkan positif COVID-19, menjadi pemilik sukan utama AS yang pertama dijangkiti virus itu, kata Knicks semalam.

    Dolan yang berusia 64 tahun, yang juga selaku pemilik New York Rangers dari Liga Hoki Kebangsaan (NHL), telah dikuarantin selepas mengalami simptom ringan.

    Knicks berkata Dolan terus menjalankan tugasnya sebagai pengerusi eksekutif sukan dan hiburan New York Madison Square Garden Co.

    NBA menangguhkan musim mereka selepas beberapa pemain, termasuk pemain Utah Jazz, Rudy Gobert, diuji positif COVID-19.

    The NHL juga telah menggantung musimnya akibat COVID-19.

    Colorado Avalanche mengumumkan bahawa salah seorang pemainnya telah didiagnosis dengan COVID-19, menjadi pemain NHL ketiga diuji positif COVID-19.

    AS telah melaporkan lebih daripada 120,000, kes baharu, yang tertinggi di dunia dan jumlah kematian sekitar 2,190.

    Dolan berasal dari New York di mana wabak itu mula-mula sekali menular di AS. Hari ini, negara itu melaporkan lebih daripada 670 kematian dan 52,000 kes. – AFP

    James Dolan, Pengerusi Eksekutif New York Knicks, menjawab soalan semasa sidang media di Madison Square Garden pada 18 Mac lalu di New York City. James Dolan telah disahkan positif COVID-19, menjadi pemilik sukan utama Amerika Syarikat yang pertama positif virus itu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda