Wednesday, June 26, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pemilik pusat penjagaan anak damit ditahan

    NEW DELHI, 27 MEI – Pemilik pusat jagaan anak damit di timur Delhi telah ditahan selepas kemudahan itu terbakar pada malam Sabtu, seorang pegawai Polis Delhi mengesahkan hari ini.

    Pemiliknya, Naveen Khichi, telah melarikan diri sejak malam Sabtu. Tujuh anak damit yang baru lahir maut dan lima lagi cedera dalam kebakaran itu. Selain itu, doktor yang bertugas ketika itu turut ditahan, tambahnya.

    Menurut laporan media, pusat penjagaan anak damit itu dikendalikan walaupun pendaftarannya dengan Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan tamat tempoh hampir dua bulan lalu.

    Sementara itu, ibu bapa yang terkilan kehilangan anak damit yang baru lahir menuntut keadilan dan tindakan tegas terhadap pemiliknya. Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan pampasan kewangan sebanyak sekitar AS$2,407 kepada waris setiap yang meninggal dunia.

    “Tragedi kebakaran di sebuah hospital di Delhi sangat menyayat hati. Fikiran saya bersama keluarga yang berduka dalam masa yang amat sukar ini. Saya berdoa agar mereka yang cedera pulih secepat mungkin,” tulis Modi di X, kelmarin. – Xinhua

    Orang ramai melihat bangunan pusat jagaan anak damit yang terbakar di New Delhi pada 26 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Serangan pisau di perhentian bas sekolah di China cederakan 3

    BEIJING, 25 JUN - Seorang lelaki ditahan selepas serangan pisau yang mencederakan tiga orang di bandar Suzhou di China, termasuk seorang ibu dan anak...