Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik rumah jagaan warga emas ditahan berhubung insiden kebakaran

    MOSCOW, 25 DIS – Pemilik rumah jagaan warga emas (rumah jagaan bagi golongan pesara) di bandar Kemerovo Rusia ditahan berhubung insiden kebakaran di premis berkenaan hingga mengakibatkan 22 nyawa terkorban, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia kelmarin.

    Kebakaran di rumah jagaan itu berlanjutan dari Jumaat hingga Sabtu dan memusnahkan kira-kira 180 meter persegi premis, lapor Sputnik.

    Menurut kerajaan wilayah Kemerovo, punca kebakaran adalah pelanggaran peraturan keselamatan ketika menggunakan pemanas dapur. Seorang lelaki berusia 31 tahun telah didakwa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda